FOTO

Pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah di Humaimah,Syria.


Arca gambar Khalifah Harun Al-Rasyid yang ditemui di Baghdad.


Salah satu masjid peninggalan kerajaan Bani Abbasiyah yang terletak di Kufa,Iraq.


Duit syilng semasa pemerintahan Harun al-Rasyid.



Contoh manuskrip yang ditulis pada zaman Abbasiyah yang mengandungi istilah-istilah yang diterjemahkan dari bahasa Yunani ke bahasa Arab.





Model Glob dengan Lukisan Peta Khalifah al-Ma'mun

Ia dihasilkan oleh sebilangan besar 'ulama' yang ditugasi oleh khalifah al-ma'mun (memerintah tahun 813-833M.) untuk melaksanakan tugas tersebut


Alembic Berkembar
Alembic berkembar ini kekal terpelihara dalam terjemahan bahas latin bagi kitab al-Asrar dalam bidang kimia, tulisan Abu Bakar al-Razi. 
Nama (dalam bahasa Arab dikenali al-inbiq) dan bentuknya menunjukkan asal usulnya dalam model berunsur Islam.

Seni bina dan kejuruteraan



Masjid Agung Samarra di Sammara Iraq


Ibn Sina: Pakar Perubatan
"Ibn Sina", salah seorang cendekiawan muslim yang hidup sekitar kurun ke-11 Masihi. Panggilan yang masyhur baginya, "Sheikh Rais". Manakala orang Barat menggelarnya "Bapa Perubatan Manusia". Beliau mengarang kitab perundangan dan perubatan. Kedua-duanya membuka jalan kepada ilmu-ilmu lain.





Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibni Sina


Al-Haitham Bapa Optik Moden




ABU ALI HASSAN AL-HAITHAM
"Ibnu'l- Haitham" seorang pakar optometris berketurunan arab yang hidup lebih kurang 1000 tahun lalu. Beliau ialah orang yang pertama mencipta kotak fotografi. 


      

Alat Bilik Gelap
Sejak akhir kurun ke-19 Masihi, Ibn al-Haitam iaitu ahli astronomi, pakar matematik, fizik dan optik yang agung telah diiktiraf sebagai pencipta bilik gelap.
Dengan berasaskan bukunya, penjelasan dapat dibuat tentang ujikaji yang telah dijalankannya, iaitu melalui model yang dihasilkan bagi alat tersebut.

Al-Biruni: Ahli Geografi dan Astronomi




Al-Biruni merupakan seorang pakar geografi muslim yang hidup 1000 tahun yang lalu. Al-Biruni membuktikan bahawa bumi ini berbentuk bulat serta beredar mengelilingii matahari di atas paksinya. Beliau telah mencipta glob serta menentukan garisan bujur dan lintang. Di samping itu, beliau berjaya mencipta kadar timbangan jenis-jenis logam. Selain itu, al-Biruni juga telah mencipta teroi bahawa cahaya lebih pantas daripada bunyi serta meneruskan kesinambungan sejarah matematik yang lenyap.

No comments:

Post a Comment