Zaman Abbasiyah adalah dianggap sebagai zaman yang paling kaya dalam sejarah kekhalifan Islam , ahli sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid ( 170 - 194H / 786 - 809M ) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi sehingga layak menerima jolokan zaman keemasan ( Golden Period ) .
Kejayaan Baghdad menjadi juara perdagangan dunia tentunya ada hubungan dengan kedudukan Dawlah Abbasiyah sebagai kuasa besar dunia pada waktu itu . Kestabilan politik , kecekapan pengurusan pentadbiran serta ketinggian akhlak masyarakat juga menyumbang kepada pembangunan pesat kota Baghdad dan satu yang paling penting dalam konteks ini ialah kekuatan kuasa beli yang terdapat pada penduduk kota Baghdad pada waktu itu jelas menunjukkan kemewahan serta kemantapan ekonomi negara .Terdapat 3 sektor ekonomi yang menjadi tonggak kekayaan kerajaan Abbasiyah iaitu :
- Sektor Pertanian
- Sektor Perindustrian
- Sektor Perdagangan
- Kedudukan yang strategik yang menjadi laluan perdagangan timur dan barat .
- Terdapat sebuah pasar yang menjadi tumpuan para pedagang terutamanya dari Parsi .
- Terdapat ladang-ladang pertanian dan penternakan serta sebuah pasar yang dikenal sebagai Suq Al-Baqar .
SEKTOR PERTANIAN
- Kerajaan Abbasiyah telah banyak berusaha memajukan bidang ini dengan membaik pulih pasarannya . Antara tindakan yang dilakukan seperti membina saliran , melebarkan sungai dan terusan , membuka tanah pertanian baharu , menyediakan penyelidikan serta membuat empangan .
- Kesannya , Kerajaan Abbasiyah telah berjaya muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal dalam bidang pertanian .
- Pertanian juga telah mencapai kemajuan kerana kesedaran pihak pemerintah tentang betapa perlunya pertanian sebagai sumber hasil negara yang utama dan juga kerana kerajaan memberi penghormatan dan layanan yang baik kepada pemilik-pemilik tanah yang subur .
- Banyak hasil pertanian yang ditanam di asia barat diperkenalkan kepada Eropah , terutamanya penanaman tebu .
- Kawasan utama pertanian pada masa itu termasuklah Mesir ,Syam , Iraq ,Yaman , Maghribi ,Khurasan dan Andalus .
- Jenis-jenis hasil pertanian ialah :
1. Bijirin seperti gandum , barli , dan beras
2. Buah-buahan seperti anggur ,limau , kurma ,epal ,pisang ,tembikai,buah tin dan buah zaitun
3. Sayur-sayuran seperti timun ,kobis,kacang tanah , ubi dan tebu
4. Ternakan seperti lembu ,kambing,ayam ,itik dan sebagainya .
SEKTOR PERINDUSTRIAN
Dibidang perindustrian terdapat pemisah anatar sektor kerajaan dan swasta , tetapi bagaimana bebasnya pihak swasta bergerak dalam industri kraf tangan ,misalnya ia tetap di bawah peraturan dan pengawalan negara , seperti kilang senjata , kapal laut , armada perdagangan fabric kertas dan barang-barang lain .
Kekuasaan kerajaan yang sedemikian luas dan tingkat peradaban yang tinggi itu dicapai dengan melibatkan jaringan perdagangan international yang luas . Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad , Basrah ,Siraf Kairo dan Iskandariyah .
Jenis-jenis industri yang terdapat pada zaman Abbasiyah ialah :
PENGELUAR
|
INDUSTRI
|
Baghdad , Syiraz dan Asfahan
|
Tenunan , hamparan dan permaidani
|
Mesir dan Syam
|
Pinggan mangkuk
|
Baghdad , Mesir dan Syam
|
Barangan kaca , tembikar , dan mozek
|
Mesir , Andalus, dan Maghribi
|
Barangan kulit dan senjata
|
Yaman , Khurasan , Bahrin dan Lubnan
|
Perhiasan dan batu permata
|
Iraq , Mesir , Maghribi dan Andalus
|
Kertas
|
- Kepesatan bidang pembuatan dan pertanian telah mendorong kepada kemajuan dalam bidang perdagangan hingga ke peringkat antarabangsa .
- Faktor-faktor kepada kemajuan perdagangan ialah :
- Perkembangan industri perkapalan memudahkan para pedagang bergerak .
- Sarjana-sarjana muslim menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hukum
perniagaan serta galakan terhadapnya .
- Kemahiran orang Arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliyah .
- Langkah-langkah positf yang diambil oleh kerajaan Abbasiyah dalam memajukan sektor perdagangan
- Membina rumah-rumah api sebagai panduan kepada kapal-kapal perdagangan
- Mengetatkan kawalan keselamatan di kawasan darat dan laut .
- Pelabuhan dan bandar utama menjadi tumpuan ahli-ahli perniagaan pada ketika itu .
- Antaranya termasuklah Baghdad,Basrah,Amman,Kaherah,Iskandariah, dan antakiah
- Orang Islam telah membuka empayar perniagaan hingga ke Andalus , Eropah Barat ,Afrika Selatan dan Madagascar .
SUMBER
|
KETERANGAN
|
Zakat
|
. Kadar harta yang dikeluarkan oleh orang islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi had minimum,tempoh tertentu,dan menurut syarat-syarat tertentu.
Zakat terbahagi kepada dua iaitu: zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri. Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa.
. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. |
Kharaj
|
Cukai tanah yang dimiliki orang bukan islam.
. Cukai ini juga dikenakan ke atas orang islam yang diperoleh melalui peperangan ,
. Kadar cukai dikenakan adalah berdasarkan keadaan tanah.
|
Ghanimah
|
. Harta rampasan perang
. 4/5(80%) daripadanya diberikan kepada para pejuang islam .Bakinya diberikan menurut cara yang ditetapkan dalam Al-Quran.
|
Fai
|
Harta yang diperoleh melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh menyerah kalah kepada tentera islam
|
Jizyah
|
Bayaran yang dikenakan kepada orang bukan islam yang mendiami negara islam .Gugur apabila pembayarnya memeluk islam
|
Usyur
|
Usyur bermaksud satu per sepuluh (1/10).
. Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan islam yang singgah di pelabuhan-pelabuhan negara islam untuk tujuan perniagaan .
|
PERANAN BAITULMAL
- Baitulmal ialah institusi kewangan negara yang terbesar diketuai oleh Sahib Baitulmal (pengurus Perbendaharaan Negara )
- Berfungsi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara yang dilakukan oleh DEWAN AL-KHARAJ ( Jabatan Hasil ) dan DEWAN AN-NAFAQAH ( Jabatan Kewangan )
- Akaun baitulmal dikawal oleh Dewan Al-usul ( Jabatan dalam negeri ) dan Dewan Al-azimmah (Jabatan Audit Negara )
- Peranan :
- Mengawal belanjawan negara
No comments:
Post a Comment