BUKTI PERKEMBANGAN

Bukti Baghdad berperanan memajukan kerajaan Abbasiyah.

  • Kedudukan Baghdad yang strategik berada di tengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat.
  • Baghdad menjadi pusat pertemuan sarjana timur dan barat.

KESAN POSITIF PENYEBARAN ISLAM

Dalam aspek akidah:
  • Berubah kepada mengesakan Allah SWT.
  • Banyak masjid telah dibina.
  • Menjadikan masjid sebagai pusat dakwah bagi memantapkan ilmu dan akidah seperti Masjid al-Mansur dan Masjid al-Basrah.
Dalam aspek ilmu pengetahuan:
  • Wujud prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah.
  • Ilmu pengetahuan berkembang pesat iaitu ilmu fadhu ain dan kifayah seperti al-Quran, Hadis, Nahu dan Geografi.
  • Muncul para cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu.
  • Umat Islam disanjung dan disegani.
Dalam aspek kebudayaan:
  • Mengamalkan budaya dan nilai Islam yang bersifat sejagat.
  • Muncul senibina yang dipengaruhi budaya masyarakat antaranya masjid dan bangunan seperti Qasr Az-Zahab dan Qasr Al-Huldi yang dibina oleh khalifah Abu Jaafar al-Mansur.
Dalam aspek kemasyarakatan
  • Sistem penghambaan dihapuskan.
  • Menekankan konsep keadilan.
  • Layanan yang baik walaupun bebeza fahaman.

No comments:

Post a Comment