TOKOH ILMUAN

TOKOH-TOKOH ILMUAN PADA ZAMAN ABBASIYAH


Pada zaman kekuasaan Dinasti Abbasiyah adalah merupakan masa keemasan bagi perkembangan ilmu pengetahuan.Pemikiran falsafah masuk ke dalam Islam melalui falsafah Yunani yang dijumpai kaun muslimin pada abad ke-8 M di Syria,Mesopotamia,Parsi dan Mesir.


Tokoh Harun ar-Rasyid
Harun ar-Rasyid
Beliau merupakan salah seorang negarawan yang terulung di dunia.Beliau adalah khalifah kelima kerajaan Abbassiyah yang juga merupakan kemuncak kegemilangan pemerintahan Abbassiyah.Zaman pemerintahan Abbassiyah juga dikatakan sebagai zaman yang paling gemilang dalam sejarah Islam dunia atau zaman keemasan Islam.

Pada zaman inilah bermulanya era pembangunan dan perkembangan ilmu pengetahuan di Kota Baghdad.Beliau telah berjaya menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu pengetahuan dunia.Usaha yang dilakukan oleh beliau untuk membangunkan Kota Baghdad sebegitu maju dan membangun tidak mampu ditandingi oleh khalifah-khalifah pada pemerintahan yang lain dalam semua termasuklah dari segi kemajuan,pembangunan,ilmu pengetahuan,kemakmuran dan lain-lain lagi.

BIODATA

Nama penuh  : Harun ar-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi.

Tempat lahir  : Dilahirkan di ar-Rayy pada bulan Zulhijjah tahun 145 H/ 756 M.

Keistimewaan : Seorang yang pintar dan sukakan ilmu pengetahuan.

Peranan           : Sebagai penaung kepada semua kegiatan ilmu.Baitul Hikmah merupakan hasil usahanya yang paling besar dalam dunia penyebaran ilmu pengetahuan di Kota Baghdad.

Khalifah harun ar-rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau dalam penyebaran ilmu pengetahuan.Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah iaitu Institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan.Harun ar-Rasyid sendiri begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara.Beliau telah dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya dengan pelbagai rintangan dan dugaan.

Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu sumbangan yang besar diberikan oleh baginda.Terdapat buku-buku yang berupa terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan intelektual.Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengatehuan kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan yang mana akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid.

Beliau juga mengadakan hubungan yang baik dengan kuasa-kuasa asing, antaranya kerajaan Byzantium, Perancis dan keluarga al-Bamaki.Perhubungan ini bertujuan untuk pendalaman kedua-dua belah pihak melalui pembayaran ufti antara Kota Baghdad dengan kerajaan Byzantium.

Di antara penguasa Abbasiyah termasuklah tokoh ilmuan muslim iaitu Abu Ja'far Al-Manshur, Harun Ar-Rasyid dan Al-Makmun.Dibawah adalah senarai tokoh-tokoh ilmuan yang disanjung tinggi sehingga kini mengikut bidang kemahiran masing-masing.


1. Dalam bidang perubatan

Ilmu perubatan mula berkembang pada akhir zaman Abbasiyah I, iaitu ketika Khalifah Al-Watsiq.Buku-buku karya Ar-Razi banyak dijumpai di muzium-muzium Eropah dan banyak digunakan sebagai rujukan untuk dunia perubatan

Antara tokoh-tokoh perubatan adalah:

i. Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi


Rhazes
Salah satu ilmuan muslim yang pernah hidup adalah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat.Beliau merupakan salah seorang pakar sains Iran yang hidup antara tahun 864 - 930.Beliau dilahirkan di Rayy,Teheran.Pada awal kehidupan, beliau begitu tertarik dalam bidang seni muzik.Namu al-Razi juga tertarik dengan pelbagai ilmu pengetahuan sehinggan kebanyakan masa hidupnya dihabiskan untuk mengkaji ilmu-ilmu seperti kimia, falsafah, logik, matematik dan fizik. 

Walaupun pada akhirnya beliau dikenali sebagai ahli perubatan, pada awalnya al-Razi adalah seorang ahli kimia.Menurut sebuah riwayat yang dikutip oleh Nasr(1968), al-Razi telah meninggalkan dunia kimia kerana penglihatannya mulai kabur akibat eksperimen-eksperimen kimia yang meletihkannya dan dengan membekalkan ilmu kimia yang luas beliau telah meceburi dunia perubatan.Dalam waktu yang singkat, Rhazes telah mendirikan hospital di Rayy dan ianya adalah salah satu hospital yang terkenal sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan perubatan.Setelah beberapa lama, beliau dipercayai untuk memimpin hospital di Baghdad.Beberapa saintis barat berpendapat bahawa beliau merupakan pengasas ilmu kimia moden.

Beberapa karya tulisan ilmiahnya dalam bidang kimia iaitu:
  • Kitab al Asrar yang membincangkan mengenai teknik pengendalian zat-zat kimia dan manfaatnya.
  • Liber Experimentorum membahas pembahagian zat kedalam haiwan, tumbuhan dan mineral yang menjadi kimia organik dan bukan organik.
  • Ilmu dan peralatan yang penting untuk digunakan bagi farmasi dan kimia.
Menurut HG Wells ( sarjana barat tekenal ), para saintis muslim merupakan golongan pertama yang mengasas ilmu kimia.


ii. Ibnu Sina 


Ibnu Sina

Tokoh satu ini terkenal dalam dunia perubatan kerana sumbangannya terhadap perkembangan ilmu perubatan dan tulisan-tulisannya menjadi rujukan bagi sarjana-sarjana perubatan barat.Nama diberi Syeikhur Rais,Abu Ali Husein bin Abdilah bin Hasan bin Ali bin Sina, yang dikenali sebagai Ibnu Sina atau Avicienca.Lahir pada tahun 370 hijrah di sebuah kampung bernama Khormeisan dekat Bukhara.

Kecerdasannya yang sangat tinggi membuatnya sangat menonjol sehingga salah seorang guru menasihati ayahnya agar Ibnu Sina tidak terjun ke dalam bidang pekerjaan apapun selain belajar dan menimba ilmu.Dengan demikian, beliau secara penuh memberikan perhatiannya kepada aktiviti keilmuan.Kecerdasannya membuat ia cepat menguasai banyak ilmu walaupun dalam usia yang muda, Ibnu Sina telah mahir dalam bidang perubatan.Beliau menjadi terkenal sehingga kan Raja Bukhara Nuh bin Mansur yang memerintah antara 366 hingga 387 hijrah ketika jatuh sakit telah memanggil Ibnu Sina untuk merawat dan mengubatinya.Berkat itu, Ibnu Sina dapat menggunakan perpustakaan istana Samani yang besar.

Ibnu Sina sudah menguasai ilmu tafsir dan usuludin ketika berusia 10 tahun lagi.Kemudian beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun.Setelah berusia 16 tahun, beliau telah belajar sendiri.Gurunya pertama adalah bapanya sendiri, seorang alim, Abdullah Natalia.Beliau mempelajari ilmu kedoktoran daripada seorang kristian yang bernama Isa bin Yahya.


Setiap hari beliau menulis tidak kurang dari 50 muka surat dan selama hidupnya telah menghasilkan buku sebanyak 238 buku dan risalah.Karyanya bertajuk Al-Qanun Fi Al-Tibb ( Undang-Undang Perubatan ) merupakan karya raksasa yang abadi, terdiri dalam 5 jilid dan membahaskan 760 jenis ubat.Kitab ini dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.William Osler dalm bukunya yang bertajuk The Evolution of Modern Medicine telah menyifatkan kitab Al-Qanun sebagai 'Injil Perubatan'.  



2. Dalam bidang falsafah.

i. Al-Kindi

Image result for al kindi
Al-Kindi
Abu Yousuf Yaqub ibnu Ishaq Al-Kindi lahir di Kufah sekitar 800 M.Beliau adalah seorang ahli falsafah, ahli matematik, ahli fizik, astronomi, doktor, geografi bahkan seorang ahli dalam bidang muzik. Hal ini mengejutkan bahawa beliau memberi sumbangan untuk semua bidang.Pada asalnya karyanya dikenali sebagai ahli falsafah Arab.


Beliau adalah seorang penulis yang produktif, jumlah buku yang ditulis oleh Al-Kindi adalah sebanyak 241 buah.Pengaruh Al-Kindi tentang perkembangan ilmu pengetahuan dan falsafah signifikan dalam kebangkitan ilmu pengetahuan pada masa tersebut.Pada zaman pertengahan, Cardano menganggapnya sebagai salah satu daripada 12 belas pemikir yang terhebat.Karyanya menyebabakna perkembangan yang sangat besar dari pelbagai subjek selama beabad-abad.


ii. Al-Farabi

Image result for al farabi
Al-Farabi
Nama penuh beliau adalah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Ibnu Turkham Ibnu Uzlaq Al Farabi.Kelahiran bangsa Turki tetapi mempunyai hubungan darah dengan bangsa Parsi.Dilahirkan pada tahun 259 H di Farab dan telah meninggal dunia pada tahun 339 H. Al-Farabi selalu berpindah tempat dari semasa ke semasa.Pada waktu kecil, beliau telah dikenali dengan rajin beljar dan mempunyai otak yang cerdas, belajar agama, bahasa Arab, bahasa Turki, dan bahasa Parsi di kelahirannya, Farab.Setelah meningkat dewasa, Al-Farabi berpindah ke Baghdad dan tinggal di sana kira-kira 20 tahun lamanya.


Di Baghdad, beliau telah memperdalamkan lagi ilmu falsafah, logik matematik, etika, ilmu politik, dan sebagainya.Dari Baghdad, Al-Farabi berpindah ke Iran.Di sana, beliau telah belajar mengenai falsafah Yunani tetapi tidak lama kemudian kembali semula ke Baghdad.


Menurut sumber, Al-Farabi boleh menguasai 70 bahasa dunia dan beliau dikenali dengan menguasai banyak cabang kelimuan.Antara karyanya ketika di Baghdad adalah Agrad Al kitab Ma Ba'da At tabi'ah (Intisari buku Metafizik ), 'Uyun Al Masa'il (Pokok-pokok Persoalan) dan sebagainya. 


3. Dalam bidang matematik.

i. Al-Khawarizmi

Image result for al khawarizmi
Al-Khawarizmi
Beliau dikenali sebagai Penemu Aljabar.Nama asalnya adalah  Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.Beliau telah dikenali di barat sebagai penemu dari algebra dan juga angka sifar.Beliau dilahirkan di Bukhara pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.


Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi adalah seorang tokoh Islam yang b erpengetahuan lua.Pengetahuan dan keahliannya bukan hanya dalam syariat malah di dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangen dalam penyilidikan trigonometri dan astronomi.Dlam usia muda, beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah Al-Ma'mun, bekerja di Baitul Hikmah di Baghdad.Al-Khawarizmi juga dipercayai untuk memimpin perpusatakaan khalifah.Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.


Al-Khawarizmi merupakan seorang penulis Ensiklopedia dalam pelbagai displin.Beliau adalah tokoh pertama memperkenalkan aljabar dan hisab.Pelbagai ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular yang masih digunakan sehingga kini.

4. Dalam bidang astronomi.

i. Al-Farghani


Image result for al-farghani
Al-Farghani
Al-Farghani adalah seorang ahli astronomi muslim yang sangat berpengaruh.Nama lengkapnya adalah Abu al-Abbas bin Muhammad bin Kalir al-Farghani.Di barat, para ahli astronomi abad pertengahan mengenalnya sebagai al-Farghanus.

Beliau berasal dari Uzbekistan.Ia hidup di zaman Khalifah al-Ma'mun hingga masa kematian al-Mutawakkil.Al-Farghani sangat beruntung hidup di dua masa tersebut kerana kerajaan kekhalifannya memberi sokongan penuh bagi perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.Buktinya, sang khalifah membina sebuah lembaga kajian yang disebut Akademi al-Ma'mun dan mengajak al-Farghani untuk menyertai.Bersama ahli astronomi lain, beliau diberi kesempatan menggunakan peralatan kerja yang sangat canggih pada masa itu.Ia menggunakan kemudahan yang ada unutk mengetahui saiz bumi, menoropong bintang, dan menerbitkan laporan ilmiah.

Al-Farghani juga termasuk orang yang turut mencantikkan Darul Hikmah al-Ma'mun dan mengambil bahagian dalam projek pengukuran darjah garis lintang bumi.Al-Farghani juga berhasil mengukur jarak dan diameter beberapa planet.Pada ketika itu, hal tersebutlah merupakn pencapaian yang sangat luar biasa.

No comments:

Post a Comment