PERKEMBANGAN DARI SEGI PENDIDIKAN.
Perkembangan ilmu pada zaman ini terbahagi kepada dua tahap:
i. Proses penyerapan dan pemindahan ilmu-ilmu klasik khususnya dalam bidang sains
Perkembangan ilmu pada zaman ini terbahagi kepada dua tahap:
i. Proses penyerapan dan pemindahan ilmu-ilmu klasik khususnya dalam bidang sains
Ø Pemerintah menggalakan masyarakat menimba ilmu.
Ø Setiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan
Ø Golongan penyelidik dan ahli karyawan dianugerahkan hadiah
Ø Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid yang juga pengasas Khizanah Al-Hikmah.
Ø Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Ma’mun Harun ar-Rasyid. Lahir sarjana dalam pelbagai bidang. Khizanah al-Hikmah dibesarkan dan ditukar nama kepada Baitul al-Hikmah. Melantik Hunayn b.Ishaq sebagai pengarahnya.
Ø Institut Nizamiyah adalah pusat pengajian format yang pada awalnya mempunyai 3 fakulti iaitu Syariah,Usululuddin dan Sains Kemanusian.
Ø Peranan Baitul Hikmah ialah pusat penterjemahan, pusat penyelidikan, perpustakaan dan pusat pendidikan peringkat tinggi.
Ø Aktiviti penterjemahan karya klasik Yunani, Parsi dan India bermula pada pemerintahan al-Ma’mun. Usaha ini dilakukan oleh sarjana yang bertugas di baitul hikmah.
Ø Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan tafsir al-quran giat dijalankan.
Ø Aktiviti penterjemahan ke bahasa Arab membolehkan sarjana Islam mempelajari ilmu sains sebelum zaman sebelum Islam.
Ø Kemunculan mazhab :
Ø Muncul golongan mujtahid(ulama Islam yang melakukan ijtihad dalam usaha menentukan hukum bagi suatu masalah yang timbul dalam masyarakat). Mereka terdiri dari ahli qias atau ahli hadis.
Ø Ahli Qias ialah ulama yang banyak menggunakan fikiran atau qias untuk menetapkan suatu hukum.
Ø Ahli hadis ialah ulama yang mengeluarkan hukum bersandarkan hadis.
Ø Muncul pelbagai mazhab termasuk mazhab hanafiyah, malikiyah, shafi’iyah dan hanbaliyah.
No comments:
Post a Comment