- Pada zaman ini kemunculan cendekiawan dan saintis muslim yang terkemuka kian terserlah.
- Kota kota yang menjadi pusat keilmuan seperti Andalus dan Kota Sicily di Itali berada dalam kekuasaan umat Islam pada ketika itu.
- Penguasaan sains dan teknologi berjaya dirampas daripada kuasa Rom, Parsi dan Yunani.
Faktor Perkembangan Sains Dan Teknologi
Faktor
|
Huraian
|
1. Aktiviti penterjemahan
|
Aktiviti ini sangat giat dan terancang, dengan penubuhan Baitul Hikmah sebagai pusat penterjemahan negara.
Antara tokoh : Yuhana b Masawaih dan Hunain b Ishak
|
2. Galakkan khalifah
|
Usaha khalifah untuk memajukn abiding sains dan teknologi:
I. Mengadakan seminar perubatan yang dihadiri oleh pakar perubatan dunia.
II. Menyediakan peruntukan yang banyak untuk penyelidikan sains dan teknologi
III. Membina pusat penyelidikan sains
Contohnya:
Al Makmun (membina balai cerap)
Al Muktasim (membina makmal pembedahan yang pertama
Antara bukti kecintaan khalifah terhadap ilmu:
I. Mereka pernah menerima kitab-kitab sebagai tebusan terhadap tentera Rom yang ditawan.
II. Mereka juga menerima pembayaran jizyah dalam bentuk kitab.
|
3. Globalisasi ilmu
|
Perdagangan dan pembukaan wilayah baru membuka ruang yang luas untuk perkembangan ilmu
Sicily dan Andalus muncul sebagai pusat perkembangan ilmu.
Di Andalus sahaja, terdapat 700 buah masjid, 1 universiti, 70 buah perpustakaan yang menyimpan 500 ribu manuskrip
|
Penemuan Sains dan Teknologi memberi impak kepada kehidupan seluruh masyarakat Islam.
Pertama, cara hidup dan status umat Islam berubah. Umat Islam hidup lebih maju daripada umat lain yang telah menguasai bidang sains dan teknologisebelum ini, contohnya Rom dan Parsi. Selain itu, umat Islam dipandang tinggi dan disegani sehingga ramai orang bukan Islam yang tertarik untuk memeluk Islam.
Kepentingan Menguasai Ilmu Sains dan Teknologi
Hari ini, sains dan teknologi semakin mendominasi kehidupan manusia, sekiranya ketinggalan kita akan terkeluar dari arus perdana. Untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam dahulu, umat Islam hari ini perlu menguasai kecanggihan sains dan teknologi yang diadun mengikut syariat. Untuk menjadi umat Islam yang maju sama ada dari aspek spiritual atau material, mereka perlu mengintegrasikan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
No comments:
Post a Comment