DARI SEGI KETENTERAAN

PERKEMBANGAN KERAJAAN ABBASIYAH DARI SEGI KETENTERAAN

1. Pembaharuan yang dibuat dalam bidang ketenteraan ialah membuka keanggotaan ketenteraan kepada orang bukan arab seperti Turki dan Parsi. Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan . Memberi gaji dan bonus yang tinggi kepada tentera . 

2. Struktur Organisasi Ketenteraan :
· Khalifah
· Al-Wazir
· Dewan al-Jundi (kementerian pertahanan)
Kementerian Pertahanan terbahagi kepada 8 bahagian:
1. Majlis Takrir ( Bahagian Kewangan 
mengurus gaji tentera dan bonus
mengurus hal-hal ketenteraan
mengurus belanjawan khusus seperti pengurusan latihan dan peralatan ketenteraan.

2. Majlis Al-Muqabalah ( bahagian latihan )
 Mengurus pengambilan dan latihan kepada tentera baru

3.  Al -Massahuun ( bahagian peninjau )
Membuat nasihat dan panduan buat panglima tentera tntang topografi sesuatu tempat.

4. Diwan at-Tasnif ( bahagian pengurusan sumber kemanusiaan )
Megurus kenaikan pangkat
Menyusun tentera mengikut pasukan. 

5. Diwan al-Aradh ( tempat simpanan)
Mengurus stor dan kelengkapan senjata

6. Al-Jawasis ( bahagian perisikan )
Mengintip kekuatan musuh dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera Islam.

7. Dairah Al-Muhandasah ( bahagian kejuteraan )
Mengurus pembinaan kem-kem tentera dan kubu pertahanan.

8. Al- Bahriah ( bahagian tentera laut )
Mengawasi perairan kerajaan abbasiyah
Mengawasi kerja-kerja pembinaan kapal perang
Menyusun angkatan tentera laut.

3. Faktor kejayaan tentera kerajaan abbasiyah:
²    Dasar ketenteraan yang terbuka. Keanggotaan tentera dibuka kepada orang bukan arab seperti orang Parsi dan Turki
² Pemimpin yang berkaliber . Para khalifah seperti Abu Ja’far al-Mansur dan Harun ar-Rasyid amat mengambil berat tentang kebajikan tentera
² Peralatan ketenteraan yang canggih. Peralatan perang diubahsuai mengikut perkembangan semasa seperti manjanik, dabbabah , baruud dan kapal perang.
² Strategi peperangan yang berkesan. Ia sentiasa diubahsuai mengikut keperluan dan perkembangan semasa sama ada dari segi struktur ketenteraan dan cara menyerang.
² Keimanan dan semangat jihad tentera Islam. Tahap keimanan yang mantap , semangat jihad dan cinta kepada agama membantu mereka untuk berjuang bermati-matian demi menjaga agama Islam draipada dijatuhkan.

No comments:

Post a Comment