Sunday, 24 January 2016

PENGENALAN ZAMAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Kerajaan Bani Abbasiyah ialah nama yang diberi bagi khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan kerajaan Bani Ummaiyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerjaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera mongol menghancurkan Baghdad.

Pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah boleh dibahagikan kepada dua jangka masa seperti yang ditulis oleh banyak sejarawan.

i. Pemerintahan Abbasiyah jangka masa I:

Jangka masa ini bermula dari tahun 132 hingga 247 H bersamaan 749 hingga 861 M.Jangka masa ini merupakan tempoh masa kejayaan para khalifah Abbasiyah .Untuk jangka masa ini, kerajaan Abbasiyah diperintah oleh sepuluh orang khalifah.

ii. Pemerintahan Abbasiyah jangka masa II:

Bagi jangka masa kedua, ia bermula dari tahun 247 hingga 656 H bersamaan 861 hingga 1258 M.Ketika ini ialah jangka masa pemerintahan Abbasiyah dikuasai oleh pembesar atau menteri yang dilantik oleh khalifah dan khalifah yang memerintah untuk tempoh masa ini ialah seramai 27 orang.

2 comments:

  1. I admire this article for the well-researched content and excellent wording.  Best Black Friday Deals

    ReplyDelete
  2. Slots - Casino Games | DrmCD
    Slots. We provide a variety of casino games that 문경 출장마사지 are easy 화성 출장마사지 to learn and easy to 충청북도 출장샵 find and play 청주 출장안마 online. Slots. We offer a selection 계룡 출장샵 of all the latest and greatest online

    ReplyDelete